KAtA-kAta pUJAngGA

salam besar Pictures, Images and Photos

Saturday, January 8, 2011

~s0Lat JeNaZah~




s0lat JenaZah

0bjeKtiF Pembelajaran
  • Menyebut lafaz niat solat jenazah dengan betul
  • Menyatakan dengan jelas rukun-rukun solat jenazah
  • Menyenaraikan syarat-syarat sah solat jenazah
  • Mengetahui cara-cara menyembahyangkan jenazah

MakSud

Solat yang dilakukan oleh orang yang hidup kedapa orang yang mati


TuJuaN s0Lat JenAzaH
  • Untuk memohon keampunan,keredhaan serta rahman Allah kepada si mati
  • Ianya juga merupakan penghormatan terakhir seorang muslim terhadap saudara seagamanya

Syarat Sah s0Lat JenaZah
  • Jenazah telah dimandikan
  • Jenazah telah dikafankan
  • Menghadap kiblat
  • Jenazah berada dihadapan orang yang solat

RukUn s0Lat JenaZah
  • Niat
  • Berdiri bagi yang mampu
  • Empat kali takbir
  • Membaca surah Al-Fatihah selepas takbir yang pertama
  • Berselawat ke atas nabi selepas takbir kedua
  • Mendoakan mayat sesudah takbir ketiga
  • Memberi salam selepas takbir keempat
Kedudukan maYat
  • Mayat lelaki : Kedudukan imam ketika solat jenazah setentangan dengan kepala jenazah, kepalanya disebelah kiri imam
  • Mayat perempuan : Kedudukan imam ketika solat jenazah perempuan setentangan dengan pinggan jenazah, kepalanya disebelah kanan imam
  • Mayat yang ramai : Kedudukan mayat yang ramai sama seperti kedudukan seorang mayat
Kaifiat s0Lat JenaZah

NIAT SEMASA TAKBIR PERTAMA
  • Lafaz niat:
أصلى على هذا ( هذه ) الميت ( الميتة ) اربع تكبيرات فرض كفاية اماما / مأموما لله تعالى

 Maksudnya: “ Sahaja aku menunaikan solat ke atas mayat ini 4 takbir fardhu kifayah menjadi imam/makmum kerana Allah Taala”.

Lafaz niat bagi kanak-kanak lelaki dan kanak-kanak perempuan pula adalah seperti berikut :

أصلى على هذا ( هذه ) الميت ( الميتة ) الطفل ( الطفلة ) اربع تكبيرات فرض كفاية مأموما لله تعالى

Maksudnya : “ Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki / kanak-kanak perempuan yang hadir fardhu kifayah empat takbir kerana Allah Taala” .

 MEMBACA SURAH AL-FATIHAH SELEPAS TAKBIR YANG PERTAMA.

TAKBIR KEDUA DAN MEMBACA SELAWAT KEPADA NABI.

TAKBIR YANG KETIGA DAN BERDOA UNTUK SI MATI

JenaZah KanaK-kAnak

اللهم اجعله فرطا لابويه وسلفا ودخرا وعزة واعتبار وشفيعا وثقل به موازينهما وافرغ الصبر على قلبهما ولاتفتنهما بعده ولاتحرهما
اجره

JenazAh DewaSa 

 اللهم اغفرله وارحمه وعافه واغف عنه واكرم نزله ووسع مد خله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب
 الابيض من الدنس وأبدله دارا خيرا من داره وأهلا خيرا من أهله وزوجا خيرا من زوجه وأدخله الجنة واعذه من عذاب القبر وفتنته ومن عذاب النار .

BACAAN SELEPAS TAKBIR YANG KEEMPAT.


 MEMBERI SALAM KEKANAN DAN KEKIRI.

KedudUkaN mAYat

Mayat Lelaki 
  • Kedudukan imam ketika solat jenazah lelaki bersetentangan dengan kepala jenazah. Kepalanya disebelah kiri imam.
Mayat Perempuan

  • Kedudukan imam ketika solat jenazah perempuan bersetentangan dengan pinggang jenazah. Kepalanya disebelah kanan imam.
Mayat Yang Ramai

  • Kedudukan imam ketika solat jenazah yang ramai sama dengan kedudukan imam pada seorang mayat

HikmaH s0Lat JenaZah 
  • Memberikan penghormatan dan kasih sayang kepada si mati.
  •  Menimbulkan keinsafan. Memohon rahmat Allah untuk si mati.
  •  Mengeratkan silaturrahim dengan keluarga si mati.


KeSimpULan
Solat jenazah menjadi tuntutan fardhu kifayah bagi setiap muslim di muka bumi ini. Merupakan solat yang menjadi tanggungjawab bagi setiap individu yang masih hidup ke atas individu yang telah meninggal dunia. Solat ini mengandungi tujuh rukun yang dimulakan dengan niat, berdiri tegak dengan empat kali takbir, membaca al-Fatihah, membaca selawat, menyebut doa untuk jenazah dan salam.



No comments:

Post a Comment