KAtA-kAta pUJAngGA

salam besar Pictures, Images and Photos

Sunday, January 9, 2011

~SoLat KeTika sAkiT~





s0Lat KeTika SakiT

Maksud

Menunaikan ibadah solat mengikut keupayaan disebabkan kesakitan yang menghalang daripada menunaikan secara biasa.

DALIL :

عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ رضيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كَانَتْ بِيْ بَوَاسِيْرُ فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم عَنِ الصَّلاَةِ ، فَقَالَ : صَلِّ قَائِمًا ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا ، فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِع فَعَلَى جَنْبٍ 

Maksudnya : “‘ Imran bin Husain berkata, saya menghidap penyakit buasir, saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w bagaimana cara mengerjakan solat? Baginda bersabda : Solatlah berdiri, jika tidak berdaya hendaklah duduk, jika tidak berdaya juga hendaklah berbaring dalam keadaan mengiring.


Solat ketika sakiT terBahaGi kePada 2 :
  • Duduk
  • Baring
Cara s0Lat keTika saKit :
  • Duduk (duduk secara biasa dan duduk di atas kerusi)
  • Baring (mengiring dan menelentang)
  • Secara isyarat kelopak mata
  • Secara ingat dalam hati
Caranya :

Duduk secara biasa
  • Duduk dalam keadaan iftirasy iaitu antara dua sujud atau keadaan yang termampu
  • Ruku’ hendaklah ditundukkan kepala iaitu dahi berada setentang dengan tempat sujud atau bersetentang dengan hadapan lutut
  • Sujud dilakukan seperti biasa. - Sekiranya tidak dapat sujud seperti biasa, hendaklah menundukkan kepala lebih sedikit daripada had ruku’. - Sekiranya masih tidak mampu, memadai membezakan antara ruku’ dan sujud.
Secara duduk di atas kerusi

  • Duduk tegak mengikut keselesaan pesakit dengan meluruskan badan dan tangan.
  • Ruku’ dengan menundukkan kepala sehingga dahinya selari dengan lututnya atau sekadar yang termampu .
  • Duduk antara dua sujud dengan meletakkan tangan di atas paha.
  • Sujud dengan menundukkan kepala dan badan seboleh-bolehnya dahi di bawah paras lutut sekiranya mampu. Perbuatan sujud dan ruku’ hendaklah ada perbezaan.
Secara mengiring

  • Berada dalam keadaan berbaring sambil mengiring di atas rusuk sebelah kanan 
  • Muka dan dada hendaklah menghadap kiblat
  • Ruku’ dan sujud hanya dilakukan menerusi isyarat kepala. Ruku’ Sujud

Secara menelentang
  • Berada dalam keadan berbaring sambil menelentang
  • Kaki menghala ke kiblat
  • Kedudukan kepala ditinggikan sedikit agar muka dapat menghadap kiblat
  • Ruku’ dan sujud hanya dilakukan melalui isyarat kepala
Secara isyarat kelopak mata
  • Berada dalam keadan berbaring sambil menelentang
  • Kaki menghala ke kiblat
  • Ruku ’ dilakukan dengan menggerakkan kelopak mata
  • Sujud diisyaratkan dengan memejamkan mata
Secara ingat dalam hati

  • Solat dilakukan dengan membayangkan di dalam hati pergerakan mengikut tertib ruku’.








No comments:

Post a Comment